Penanggal

Eqbal Mohaydeen

RM28.00


Quantity :

Product Description

SINOPSIS:

Tahun 1920 menjadi detik segalanya bermula. Satu jiwa mengabdikan diri kepada seekor makhluk kufur sehingga segala-galanya bertukar petaka. Kampung Chahaya yang aman damai menjadi huru hara. Satu persatu wanita hamil di kampung itu mati dalam keadaan mengerikan. Malam menjadi satu ancaman dan igauan maut. Syaitan berkeliaran mencari mangsa dalam kalangan wanita hamil! 


Tahun 2017, keluarga Ilyas dihambat kejadian demi kejadian menakutkan lagi menggerunkan sehingga hampir-hampir meragut nyawa. Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan kematian demi kematian wanita hamil. Setiap mangsa ditemui dengan darah disedut sehingga kering dan uri dimakan. Inspektor Shahid yang mengetuai siasatan menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes. Elemen paranormal dan misteri melatari setiap kes yang berlaku. Setiap mangsa dikatakan dibunuh oleh penanggal!    


Tanpa sedar, kejadian yang menggemparkan negara itu berkaitan dengan gangguan yang menimpa keluarga Ilyas. Pertemuan Inspektor Shahid dengan Ilyas  perlahan-lahan membuka satu persatu rahsia dan misteri yang mengejutkan sehingga pada akhirnya mereka terikat dalam satu perkaitan yang mengelirukan. Kegerunan semakin menyelubungi. Jumlah kematian semakin bertambah. Siapa dalang yang sebenar?


Caption: “Bila kepala telah putus maka terputuslah perjanjian itu.”


Kekuatan Cerita: terdiri beberapa elemen antaranya:-

Genre Seram mempunyai followers terdiri daripada lelaki dan perempuan.


Team seramlicious juga selalu update mengenai diri, serta berkaitan novel serta komen-komen para pembaca.


Senang bekerjasama dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan novel.


Penceritaan di luar jangkaan pembaca. Sebagai contoh penamat penceritaan tidak sama dengan jalan cerita pada permulaan


Jalan cerita yang berkonsepkan gaya moden dan millenium yang menepati citarasa pembaca. Elemen-elemen sejarah juga turut diselitkan. 


Gaya penulisan yang mudah difahami. Penulis menggunakan bahasa-bahasa yang diguna pakai oleh pembaca pada masa kini.

Product Info

9789674463939

480

Paperback

01 Dec 2017

Product Reviews