Your Community Bookstore
RM45.00
Analogi Nabawi Dalam Kehidupan Insani
Price RM45.00
Product SKU 9789671502327
Brand Rimbunan Islamik
Availability In Stock
Quantity
Description

Penulis : Dr. Mohd Sukki Othman

Perumpamaan dan kiasan merupakan antara elemen penting yang
boleh mendatangkan kesan yang besar dalam menyampaikan
sesuatu mesej. Antara keistimewaan perumpamaan dan kiasan ialah
penampilannya yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang tepat
dan digambarkan pula dengan cara yang sangat indah dan menarik.
Penggunaan perumpamaan dan kiasan memberikan peluang kepada
pendengar untuk memahami dengan tepat maksud yang hendak
disampaikan oleh sesuatu mesej.
Justeru, buku Analogi Nabawi Dalam Kehidupan Insani menghuraikan
pelbagai perumpamaan dan kiasan yang telah digunakan oleh
Rasulullah SAW dalam hadis-hadis baginda. Menerusi buku ini, para
pembaca akan dapat merasai betapa indah dan halusnya bahasa
Baginda SAW dalam menyampaikan mesej Allah SWT kepada umatnya
yang menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan ini. Semoga buku
ini dapat membantu para pembaca memahami dan mendalami maksud
perumpamaan dan kiasan yang terdapat dalam hadis-hadis Baginda
SAW dengan lebih berkesan dan bermakna.