Your Community Bookstore
RM20.00
BALA TENTERA TUHAN - LOKMAN HAKIM
Price RM20.00
Product SKU 9789670719085
Brand Lejen Press
Availability In Stock
Quantity
Description

Muhammad bin Abdullah? Atau Muhammad bin Hassan?

Dua pemimpin besar Islam muncul tatkala dunia mahu berakhir. Namun benarkah dunia akan berakhir? Adakah perang suci akan diakhiri dengan kemusnahan dunia?

Rabbi Johannes Schall dan anak saudaranya, Mikael Gibralt, seorang ateis dikurung Zionis. Mereka menyimpan rahsia penting dari pengetahuan Zionis. Adakah Zionis akan mampu membongkar rahsia itu? Adakah kebenaran akan muncul?

Seorang lelaki aneh muncul di padang pasir yang tidak punya manusia. Misteri kemunculannya itu disertakan satu pengetahuan yang bakal mengubah dunia yang manusia duduki. Teknologi tidak mengubah minda yang jumud. Agamawan bertelingkah hebat tanpa menyedari dunia sedang berada dalam kontinuum yang tidak dijangka mereka.

2231 Masihi. Dunia masih belum berakhir lagi. Adakah perang suci akan dimuktamadkan?