Your Community Bookstore
RM19.80 RM22.00
BUKAN LELAKI TERINDAH
End In :
Price RM19.80 RM22.00
Product SKU 9789672137443
Brand Idea Kreatif
Availability In Stock
Quantity
Description

BELUM sempat tubuh Izdiyad bolos ke pintu utama, Puan Rinie sauk lengan anaknya erat. Langkah kaki si anak termati di tengah-tengah muka pintu namun tiada tanda-tanda si anak akan menoleh, memandangnya. Sudah lama dia tak melihat radang si anak. Ternyata malam ini apa yang berlaku dalam rumahnya telah mengundang reaksi yang dia sudah jangka dari awal.

“Iz, dengar dulu apa yang dia nak cakap. Larikan diri tak akan menyelesaikan masalah,” pujuk Puan Rinie lembut.

“Buat pengetahuan mama, masalah antara kami dah lama selesai jadi pertemuan ni tak diperlukan sama sekali,” balas Izdiyad tegas.

“Okey...okey...mama silap. Maksud mama bukan macam tu. Dia datang dengan niat baik.” Sejurus mendengar ayat terakhir mamanya, spontan tubuh Izdiyad berpusing menghadap mama yang masih erat memegang lengannya. Air muka wanita kesayangannya itu masih tenang. Tidak sepertinya.

“Selama kenal dia, pernah ke dia ada niat baik, mama? Entah-entah niat yang konon-kononnya baik tu pun bersebab,” selar Izdiyad lantang. Bukan pada mamanya tapi seseorang yang dia yakin dengar kata-katanya itu.

Wajah si isteri yang tercegat berdiri sebelah Izzara di belakang mamanya hanya dipandang sepintas lalu. Wajah si isteri yang penuh dengan tanda tanya. Namun, dalam keadaan sekarang dia tiada rasa untuk menjelaskan pada isterinya apa yang berlaku.

“Iz, tak baik bersangka buruk dengan orang. Tak salah pun kita bagi dia peluang untuk bagi penjelasan."

“Kalau mama nak dengar, mama dengar. Iz tak berminat.” Hati meronta-ronta untuk berlalu dari situ. Tidak betah walaupun untuk sesaat lagi. Baru dia berura-ura nak pusingkan semula tubuh keluar dari pintu utama, sekali lagi lengannya terasa dipegang lembut.

“Dia memang nak jumpa mama dengan adik-adik tapi yang paling dia nak jumpa, Iz, ujar Puan Rinie lembut. Masih tidak berputus asa untuk terus memujuk si anak.

“Mama..”

“Please, Iz. Demi mama,” pangkas Puan Rinie tanpa memberi peluang untuk si anak terus menolak. Puan Rinie tahu bukannya mudah untuk Izdiyad menunaikan permintaannya. Luka lama masih berbekas di hati si anak. Sebab itu dia mahu Izdiyad berdepan dengan sesuatu yang dielakkan sejak dulu. Puan Rinie tak mahu Izdiyad terus menerus menanam kebencian yang mana tak akan berkesudahan. Izdiyad perlu memaafkan. Dengan cara itu saja si anak boleh meneruskan kehidupannya dengan tenang.