Your Community Bookstore
RM26.00
CINTA BERBUNGA DUSTA - ELLA AFFANDY
Price RM26.00
Product SKU 9789672137801
Brand Idea Kreatif
Availability In Stock
Quantity
Description

“Sayang jalan depan. Abang suluh phone dari belakang.” Daniel sengih pandang Qismina yang sudah buat muka cemberut.

“Kenapa sayang pula jalan dulu, patutnya abang yang dekat depan. Lindungi isteri abang ni.” Masih dalam nada geram, Qismina bersuara.

“Abang lindungi sayang dari belakang.” Daniel cari alasan lagi. Berjalan dalam gelap buatkan kepalanya mula mencipta imej yang bukan-bukan. Bunyi cengkerik di luar rumah pun dah macam bunyi suara orang menangis.

“Abang tahu tak kemungkinan untuk abang kena cuit hantu agak tinggi juga sebab belakang abang tu gelap tak nampak apa. Takut nanti ada benda lain yang pegang pinggang abang.”Geram punya pasal tak sedar mulut dah tersebut hantu.

Terus terhenti langkah Daniel. Tangan sudah paut pinggang Qismina sambil lampu telefonnya dihala ke arah belakangnya. Tak nampak apa, hanya gelap saja.

“Biar abang jalan depan, sayang jalan belakang. Kalau ada yang cuit bahu sayang, jangan beritahu abang. Senyap saja jangan tegur.”

Berdengus Qismina dibuatnya. Tak sangka sungguh suaminya yang nampak gagah berani macam ni, rupanya penakut macam budak kecik.

Rampas telefon di tangan Daniel, laju saja Qismina buka langkah tinggalkan si suami di belakang. Kalau dah geram, hilang segala rasa takutnya. Hantu pun dia sanggup tampar.

“Sayang.” Daniel buka langkah besar mengekori Qismina yang sudah buka laci kabinet dapur. Melihat si isteri terkial kial mencari lilin dengan sebelah tangan lagi memegang telefon lalu dia capai, lalu disuluhkan flashlight telefon ke dalam laci.

“Macam tak ada.” Qismina mengomel sendiri.

Daniel alihkan suluhannya ke muka Qismina.

“Suluh muka sayang buat apa?” Qismina ketap gigi.

“Abang nak pastikan ni betul-betul sayang, takut bukan sayang. Takut jelmaan."

“Abang jangan nak main-main boleh tak. Malam jumaat ni?” Ternaik satu oktaf suara Qismina. Cuba menahan geram di dada supaya tidak meletus. Apabila suluhan terhala pula ke dadanya, dia angkat semula wajahnya memandang Daniel.

“Abang suluh apa?” Tanya Qismina geram.

“Betik masak ranum.” Tenang saja jawapan Daniel.

“Abang jangan sampai sayang bakar mulut abang dengan lilin.”

“Marah pula. Dah berapi-rapi abang tengok mata sayang. Kalau macam ni baik tak payah cari lilin. Abang letak saja sayang tengah rumah, terang satu rumah. Jimat sikit.”

Qismina sedang tahan diri. Takut gunung berapinya meletup pula. Kalau tak sayang, dah lama dia cekik suaminya. Tapi, kalau dah tak ada jadi merindu, bila dah ada depan mata, perangai pula macam ini. Dia yang sakit hati.