Your Community Bookstore
RM35.00
DIA IMAMKU - SITI ROSMIZAH
Price RM35.00
Product SKU 9789675822605
Brand Siti Rosmizah Publication
Availability In Stock
Quantity
Description

Novel Dia Imamku satu lagi  garapan kisah hidup masyarakat. Kisah percintaan antara dua latar belakang yang berbeza. Kisah anak yg merindui ibunya setelah dibuang keluarga. 

Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena maki. Sabar aje dia. Kalau ikut hati makan pelempang Humairah ni! 

“Ambik balik cincin awak! Cincin yang layak dicampak dalam longkang aje!” Ya Allah! Remuk hati Amiruddin. 

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar. 

“Maira mintak ampun bang. Maira berdosa pada abang. Maira betul-betul menyesal. Maafkan Maira, bang.”

“Saya masih lelaki kampung yang sama. Tak ada harta. Lelaki miskin yang tak mampu beri Cik Maira apa-apa. Walaupun secebis cinta.”

Ya Allah, panjangkan jodohku dengan suamiku. Dia imamku, dia kekasihku hingga akhir nyawa. Mungkin ke hati Amiruddin sudah mati buatnya?