Your Community Bookstore
RM24.00
INTAI-INTAI JODOH - WEEDA AIRIZA
Price RM24.00
Product SKU 9789674691486
Brand Karya Seni
Size (L x W x H) 21 cm x 13.2 cm x 3 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

"Sorry, aku hanya tolong bestfriend aku yang suka dekat kau tu, faham?!" - WAFA HANIM

"Tak elok perempuan sweet macam you ni terpekik-pekik dekat sini." - NAZHAN MARZUQI

Angkara surat cinta, porak-peranda jadinya hidup Wafa Hanim. Apatah lagi bila bertemu berbelas tahun kemudian sebagai jiran. Lelaki itu masih belum berubah. Kasih sayangnya begitu over sehingga membuatkan gadis itu meremang bulu romanya!

"Tak payah buat kerja gila couple dengan ramai orang semata-mata nak cari bakal isteri terbaik." - WAFA HANIM

"Aku tak sejahat yang kau sangka. Aku cuma mencari yang paling baik untuk jadi teman sampai Syurga. Salah ke?" - WAZIF HAKIM

Wafa Hanim bingung. Di kanannya ada si sweet talker. Di kirinya pula si playboy abang kembarnya. Dia tersepit gara-gara masalah yang diciptakan oleh dirinya sendiri. Bila seorang demi seorang perempuan datang 'menyerangnya', Wafa Hanim jadi serba tak kena!

Tarik tali pun bermula di antara kedua-duanya sehingga membuatkan teman-teman serumah mereka jadi curiga. Wafa Hanim dan Nazhan Marzuqi bercinta? Ah, tak mungkin! Masing-masing mengintai alam diam untuk mencari kepastian. Yang penting, rahsia perlu disimpan dalam-dalam! Itu janji mereka.

"Esok awak free?"

"Tak"

"Minggu depan?"

"Tak juga"

"Habis, bila awak free?"

"Sampai bila-bila pun saya tak free"

Kenapa benci sangat Wafa Hanim kepada dirinya? Nazhan bingung. Biarpun dia mudah jatuh 'sayang' kepada semua perempuan tapi dengan Wafa Hanim dia rasa lain. Lain yang dia sendiri tidak faham. Wafa Hanim pula bagai mencipta jurang antara mereka tanpa sebab. Oh, hati...