Your Community Bookstore
10
KALAU ADA JODOH 2 - MIMIE AFINIE
RM24.30 RM27.00
KALAU ADA JODOH 2 - MIMIE AFINIE
End In :
Price RM24.30 RM27.00
Product SKU 9789670718613
Brand Idea Kreatif
Availability In Stock
Quantity
Description

Abang Remy memang tak boleh diberi peluang. Dia dah serupa bagi betis nak paha pula. Apa tidaknya, orang dah bagi can nyanyi satu lagu, Abang Remy bantai nyanyi lima lagu. Sampaikan vokalis yang sebenar dah jadi macam pak pacak kat tepi situ. Gila kuasa betul Abang Remy tu. Dahlah kesemua lagu yang dia nyanyi tu lagu Datuk Ahmad Jais. Kucupan Azimat, Mengapa Tiada Maaf, Mengharap Sinar Menelan Kabus, Umpan Jinak Di air Tenang dan lagu Gelisah. Alah, lagu yang Pyan pernah nyanyi sewaktu Rini menolak cintanya dulu. Lagu jenis macam tu, pak cik-pak cik memang suka. Bukan main lagi mereka bertepuk sorak. Lagi menggediklah Abang Remy kat atas pentas tu. Kesian pula Rini tengok vokalis yang bernama Rafiq tu. Macam melukut di tepi gantang aje. Baru nyanyi dua lagu, terus Abang Remy ‘rampas’ mikrofon.

Abang Remy tu memanglah. Tak cukup dengan dia yang menyanyi, dipelawanya pula Faris dan Pyan untuk mengalunkan suara. Pyan tu dia tak hairanlah, memang pandai menyanyi pun. Yang Faris tu, entah pandai menyanyi entah tidak. Selama dia kenal Faris, belum pernah sekalipun dia dengar mantan suami dia tu menyanyi. Tapi nasib baiklah Faris tidak melayan permintaan Abang Remy yang merepek tu. Pada mulanya Pyan juga enggan tapi biasalah Abang Remy kalau dengan Pyan. Selagi dia boleh pujuk, selagi itulah dia akan pujuk. Sampaikan Pyan sudah tak punya alasan lagi untuk menolak. Nak tak nak terpaksalah Pyan menyanyi. Tapi Pyan taklah gila kuasa macam Abang Remy tu. Dia bersetuju untuk mendendangkan sebuah lagu sahaja. Nak tau tak lagu apa yang Pyan dendangkan petang tu? Everyday I Love You dari Boyzone. Alah, lagu yang dia minta Pyan nyanyikan tempoh hari. Tapi masa tu Pyan cakap dia tak pernah dengar dan tak pernah bawa lagu tu. Tapi dia tak sangka pula, dalam senyap-senyap Pyan belajar lagu tu. Dah tentulah Pyan cari lagu tu dekat Youtube. Tak kisahlah, yang penting Pyan sudi menyanyikan lagu itu.