Your Community Bookstore
RM10.90
KELUARGA IMPIAN AQISH - ANA MUSLIM
Price RM10.90
Product SKU 9789674491505
Availability In Stock
Quantity
Description

“Baliklah cu. Usah disimpan dendam dan marah kepada orang tua kita macam tu. Mereka tu pinjaman Allah buat kita cu,” pujuk Tuk Ayah.

“Tapi...Aqish geram tuk. Aqish tak boleh sabar dengan keadaan macam ni,” ucap Aqish dengan tangisan yang tidak dapat ditahan-tahan.

Setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia. Begitu juga Aqish. Namun, impian hanya kekal impian sahaja. Hari demi hari, Aqish berperang dengan perasaannya sendiri. Rasa marah terhadap bapanya tidak dapat dibendung lagi. Aqish menjadi seorang pelajar yang nakal dan sering menimbulkan masalah. Namun, kisah yang diceritakan oleh Tuk Ayah telah mengubah sikap Aqish. Dia mahu mencari keluarga impiannya. Namun, kisah silam sering menghantui dirinya. Mampukah Aqish berubah? Adakah Aqish dapat memiliki keluarga impiannya?