Your Community Bookstore
RM24.90
LAUTAN DI HUJUNG LORONG
Price RM24.90
Product SKU 9789670374529
Brand Lejen Press
Availability In Stock
Quantity
Description

Terjemahan Bahasa Malaysia pertama untuk penulis bestseller antarabangsa Neil Gaiman

Segala-galanya bermula 40 tahun lalu untuk pencerita kita apabila penyewa bilik rumah keluarganya mencuri kereta mereka dan membunuh diri di dalamnya, mengganggu kuasa purba yang tidak patut diganggu. Makhluk ghaib dari dunia lain terbebas, dan ia akan merampas segala benda milik pencerita kita semata-mata untuk terus kekal hidup: ada kengerian primitif di sini, dan ancaman yang terbebas – di kalangan keluarganya dan daripada kuasa-kuasa yang telah berkumpul untuk memusnahkannya.

Pembelanya hanyalah tiga orang perempuan, yang tinggal di ladang di hujung lorong. Yang paling muda mendakwa yang kolam itiknya ialah sebuah lautan. Yang paling tua pula masih mengingati Big Bang.