Your Community Bookstore
RM28.00
Idea Kreatif | Lelaki Untuk Zinn - Ezza Mysara
Price RM28.00
Product SKU 9789670718590
Brand Idea Kreatif
Size (L x W x H) 13 cm x 5 cm x 20 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Menangguhkan pengajian dan menjadi cikgu tuisyen dalam usia muda tak pernah ada dalam kamus hidup Zinn. Tapi, itulah yang erpaksa dia lakukan demi meneruskan legasi keluarga.

Permulaannya hanyalah biasa-biasa. Tapi keadaan berubah jadi huru-hara bila dia 'dipaksa' oleh Encik Tarmizi untuk menjadi personal tutor pada anaknya, si Ahmad Azan yang heartless ya ampun!

"Saya akan bayar lima ribu sebulan dengan syarat, anak saya wajib perfome!"

Kepala Zinn jadi senak. Kalau si anak minta diazankan, si ayah pula minta dibacakan talkin. Namun, hubungan Zinn dan Encik Tarmizi mengundang salah faham si anak.

"Saya memang dah tak ada mak tapi, itu tak bermakna saya nak mak tiri!" Azan.
"Hei! budak, awak jangan buat kelakar ya! Saya dengan papa awak tak ada apa-apa!" Zinn
"Kalau macam tu, jadi isteri saya!" Azan

Dua beranak ni memang buat hidup Zinn tak tenteram. Tak cukup bapa, anak sekali tumpang sekaki.

"Kalau susah sangat nak buat pilihan, apa kata kita baling syiling." Syiling di tangan Azan terus di lambung dan ditangkap.
"Kalau kepala apa? Kalau ekor apa?"
"If heads, I'm yours. But if tails..." Azan tak sudahkan ayatnya.
"If tails?" Zinn ingin tahu.
Tapak tangan Azan buka. Ekor!
"You're mine!" putus Azan, pasti.
"Huh!"

Benarkah Zinn akan memilih untuk menjadi milik Azan? Beza umur mereka empat tahun. Tapi kenapa Zinn rasa bila bercakap tentang kehidupan, Azan lebih dewasa dari usianya?

"Matlamat perkahwinan kita bukan untuk berfikir perkara yang sama tapi untuk berfikir bersama-sama. Will you, Zinn'?"

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews