Your Community Bookstore
RM20.00
LOLOS PENJARA - NAUFAL TARMIZI
Price RM20.00
Product SKU 9789670591131
Brand Lejen Press
Availability In Stock
Quantity
Description

“Manusia mana yang mahu hidup terkurung dalam penjara. Percayalah, secantik dan sebagus manapun hiasan di dinding rumah, tetap suatu hari nanti manusia mahu keluar dari rumah…..”

Dell merupakan banduan dalam Penjara Sungai Buloh yang telah diswastakan. Kematian cellmate-nya iaitu arwah Zawi dan permintaan arwah yang mahu Dell menyerahkan surat kepada anak gadis arwah, telah menyebabkan Dell nekad untuk meloloskan diri daripada penjara melalui bantuan Maximus serta lima orang banduan lain. Apabila rancangan mereka diketahui Budin Buncit, Dell menawarkan diri untuk terus tinggal dalam penjara untuk menutup mulut Budin Buncit. Sebagai balasan, Dell minta Maximus untuk serahkan surat arwah Zawi kepada Nadia yakni anak gadis arwah Zawi.

Tanpa disangka, Dell dapat tahu Nadia diculik sejurus selepas Maximus menyerahkan surat arwah Zawi. Dengan mengambil kesempatan atas riot dalam penjara yang berlaku, Dell meloloskan diri dari penjara dan cuba menjejaki Nadia melalui bantuan Sara Adila, aktivis hak asasi wanita. Sara menyuruh Dell untuk menyerah diri. Dell akur dan dia telah dihantar ke sebuah penjara baharu yang dikenali Babylonia. Tak lama kemudian, Sara beritahu Dell bahawa dia mengesyaki Maximus yang menculik Nadia dan kemungkinan Nadia akan dijadikan ‘anak ayam'.