Your Community Bookstore
78
MENCARI ISLAM DI CHINA - ANN WAN SENG
RM5.00 RM23.00
MENCARI ISLAM DI CHINA - ANN WAN SENG
Price RM5.00 RM23.00
Product SKU 9789675426308
Brand MustRead
Availability In Stock
Quantity
Description

Negara China sering kali dikagumi sebagai sebuah negara yang kaya dengan tradisi, tamadun dan peradaban yang tinggi. Negara itu mempunyai sejarah yang cukup panjang dan gemilang. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam turut juga memberikan sumbangan dan memainkan peranan yang penting di sebalik kejayaan dan pencapaian China sebagai sebuah empayar yang dihormati dan digeruni selama berabad-abad lamanya. Kehadiran Islam di China dikesan sejak abad ke-7 lagi dengan kehadiran  beberapa  orang sahabat nabi yang diutus untuk menyampaikan risalah Islam ke negara yang terkenal dengan tembok besarnya.

Buku ini bukan sekadar berusaha untuk mejejaki semula tapak-tapak Islam di China tetapi juga memberikan gambaran kepada kita semua tentang potentsi yang ada pada negara itu untuk menjadi medan dan wasilah kepada kebangkitan semula Islam pada akhir zaman.