Your Community Bookstore
72
MENJEJAKI JALAN TAKWA
RM5.00 RM18.00
MENJEJAKI JALAN TAKWA
Price RM5.00 RM18.00
Product SKU 9789670392196
Brand MustRead
Size (L x W x H) 15 cm x 5 cm x 3 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Dalam merintis kecemerlangan di dunia dan akhirat, kita perlu meletakkan ‘jalan Takwa' sebagai jalan yang wajib kita lalui sepanjang masa dan di mana sahaja. Usah biarkan hati dan jiwa sebagai kilang yang menghasilkan dosa, ibarat kolam pembiak virus kemungkaran. Sebaliknya, penuhi ruang hati dengan jaluran hidayah yang mengaromakan kehidupan.

 

Justeru, dalam naskah yang sedang di tangan anda ini, digarap 40 tajuk khusus buat direnungi bersama sebagai wahana memulihara ‘enjin' jiwa agar dapat bergerak dengan mantap menuju Ilahi. Kesemua tajuk yang disingkap dalam wacana singkat ini berpaksikan alam kehidupan kita sepanjang hari yang mementaskan ‘rempah ratus' kehidupan manusia di alam fana ini.

 

Pilihan hanyalah ‘'jalan Takwa' kerana ini sahaja jalan yang diredhai Allah SWT dan inilah sahaja penentu untung nasib kita di alam akhirat kelak. Pilihan jalan yang selainnya sudah pasti tergelincir ke jurang yang hina lagi dimurkai Allah SWT.