Your Community Bookstore
RM349.00
MIFTAHUL MALAYU: SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU
Price RM349.00
Product SKU 9789671603703
Brand Penerbit Alami
Availability In Stock
Quantity
Description

Miftahul Malayu: Sejarah Islam Alam Melayu​ Cetakan ke-3- Kulit Keras
Pengarang: Hasanuddin Yusof & Tun Suzana Tun Othman
Tahun: 2019
Bil Muka surat: 396
Berat: 1976g

Ilmu sejarah merupakan ilmu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Begitu pentingnya ilmu sejarah sehinggakan ayat-ayat tentang penceritaan sejarah masa lampau merupakan ayat-ayat yang paling banyak terkandung dalam al-Quran. Kisah Nabi-nabi, para penentang mereka dan kisah-kisah sejarah yang lain menjadi panduan kepada umat dalam melayari hidup pada hari ini dan pada masa akan datang. Sesuatu bangsa dan ketamadunan itu akan hancur bila mana sejarahnya diracuni atau diselewengkan. Sebab itulah, orang-orang barat seolah-olah berlumba-lumba menulis sejarah tentang Alam Melayu.

Amatlah malang sekali bagi bangsa ini jika kita tidak mengendahkan dan tidak bersikap prihatin ke atas sejarah bangsa kita sendiri terutamanya sejarah yang berkaitan dengan Islam. Akibat buta sejarah, sesebuah bangsa juga boleh hilang jati diri. Sehubungan dengan itu, pihak kami mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku yang berkaitan dengan sejarah Islam di Alam Melayu yang diberi judul 'Miftahul Malayu' yang bermaksud 'Kunci bangsa Melayu'. Buku ini diberi tajuk sedemikian kerana sejarah merupakan kunci bagi kebangkitan dan kejatuhan sesebuah bangsa.

Kata Penerbit

Perbendaharaan warisan Alam Melayu atau Nusantara bukan sahaja tersimpan padanya sejarah yang panjang dengan lebih 400 juta umat Islam masa kini yang pada juzuk-juzuknya berkongsi darah, baka dan genetik yang sama, malahan juga berkongsi warisan formula-formula pembangunan modal insan, islamisasi jati diri, adat budaya serta dikembangkan dengan kearifan lokal, dokongan para raja dan sultan, sehingga berhasil mewujudkan generasi demi generasi masyarakat yang menjunjung Islam secara berjemaah khususnya dalam lingkungan kekuatan entiti kerajaan dan kesultanan.

Kata Penulis
Tun Suzanan Tun Othman