Your Community Bookstore
RM20.00
PENGEJAR BINTANG - NAMA NAMI
Price RM20.00
Product SKU 9789670591070
Brand Lejen Press
Availability In Stock
Quantity
Description

Luqman Amirullah, seorang kutu yang baru gagal dalam universiti semasa belajar di London kerana satu tragedi yang menimpanya. Dia cuba mengejar impiannya, namun dia tersekat dengan kehendak dan realiti di sekeliling. Dia sentiasa mengimbau kenangannya ketika di London bersama Sally Elaine Gallagher, seorang gadis yang benar-benar dicintainya sepenuh hati. Bibit-bibit percintaanya bermula semasa di London dan Beligium sehinggalah berlakunya satu kejadian yang menimpa mereka. Kehidupan Luqman mula berubah. Luqman juga menghadapi konflik bersama ibu bapanya yang ingin melihat Luqman menyambung pelajaran dan menjadi manusia berguna tanpa memahami tekanan yang sedang dilalui oleh Luqman. Aesyha, pet-sis Luqman pula muncul kembali setelah Luqman kembali ke Malaysia, namun di sebalik kehadirannya, Aesyha juga mengharapkan kestabilan hidup Luqman dan ingin melihat pet-bronya itu ‘menjadi manusia normal' seperti orang lain.

Kisah ini tentang konflik dalaman diri, realiti dan mahu mencari jawapan kepada segala persoalan yang tidak terjawab.

“Kita semua adalah pengejar bintang, tapi semua tak sedar kaki masih ada di atas tanah,”.