Your Community Bookstore
RM13.50 RM15.00
Rimbunan Publishing House | Siri Penyiasat Cilik : Misteri Kesan Cakar
Price RM13.50 RM15.00
Product SKU 9789672458494
Brand Rimbunan Publishing House
Size (L x W x H) 12.5 cm x 1 cm x 18.5 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Kampung Parit Ketumbit gempar apabila beberapa penduduknya diganggu oleh makhluk ganas yang berkuku tajam. Makhluk yang tidak diketahui asal usulnya itu berkeliaran tatkala malam menjelma. Bunyi rengekan yang halus serta nyaring, bersama kesan-kesan cakar yang ditinggalkan di merata tempat, sudah cukup membuatkan seluruh penduduk kampung berada dalam ketakutan. Ramai yang berteka-teki, kemungkinan ia adalah anjing liar, kelawar gergasi, atau serigala hutan. Lebih menggerunkan, ada juga yang mengatakan ia bukan makhluk sembarangan. Ia makhluk jadi-jadian! Indra, Kuppan, dan Cha juga tidak terkecuali pernah berhadapan dengan makhluk ganas itu apabila perkhemahan mereka diganggu oleh kesan cakar dan bunyi-bunyi yang menyeramkan. Ini membuatkan mereka menggeletar dan trauma. Dalam keadaan takut, mereka tetap juga bersemangat untuk menjalankan siasatan dan merungkai tentang makhluk misteri itu. Nampaknya, banyak misteri yang perlu dirungkai oleh mereka bertiga sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Sedangkan...mereka juga benar-benar dalam ketakutan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews