Your Community Bookstore
RM10.90
SEBELUM MAMA PERGI - ANA MUSLIM
Price RM10.90
Product SKU 9789670604138
Availability In Stock
Quantity
Description

“Bagaimana pula jika seseorang itu tidak bersolat, Ustazah?” Adi memberanikan diri untuk bertanya. “Sudah tentu orang yang tidak mendirikan solat itu telah meruntuhkan agama. Cuba kamu bayangkan jika kontraktor yang bina rumah yang kamu semua tinggal sekarang, tidak meletakkan tiang. Tentu rumah kamu tidak boleh berdiri tegak. Rumah akan runtuh,” terang Ustazah Rahimah. Adi tidak pernah melihat Mama dan Papanya bersolat. Mama seorang mualaf, tidak pernah diajar berkaitan Islam oleh Papa. Semenjak Papa meninggal dunia, Mama hidup dalam tekanan. Dalam kekeliruan, Adi mendapat khabar yang Mamanya mengalami kemalangan. Adakah Mamanya pula akan meninggalkan Adi? Apakah yang akan berlaku seterusnya?