Your Community Bookstore
RM21.60 RM27.00
Idea Kreatif | Suara Hati Dia - Kay Omena
End In :
Price RM21.60 RM27.00
Product SKU 9789672137436
Brand Idea Kreatif
Size (L x W x H) 13 cm x 5 cm x 20 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

“Papa bukan tak suka Abang Shahril tu. Papa suka dia. Cuma...” Ayat Syahiran terhenti di situ. Mata dia bawa memandang aku. Liurnya ditelan. Tengok dia macam tu, rasa tak sabar pulak nak tahu jawapan apa yang akan dia berikan di hadapan Raisya. Kalau ikutkan, memang dia tak berapa sebulu dengan Shahril sebab mimpi dia dulu tu. Tapi takkanlah dia nak cakap alasan yang sama depan Raisya?

“Cuma papa tak sukalah dia tu rapat-rapat dengan mama. Lepas tu buat-buat cool...” Aku membeliakkan biji mata memandang Syahiran. Aku pula yang dikaitkan? Raisya yang sudah berhenti menangis, menoleh kepalanya sekejap pada aku, sekejap pada Syahiran pula. Pasti dia tak faham apa yang Syahiran katakan tadi. Umi pula hanya tersengih-sengih dari tadi. Awal-awal dia dah angkat tangan tanda tak nak masuk campur.

“Papa tak sukalah tengok ada orang mengurat mama,” tambah Syahiran lagi. Raisya mencebikkan bibirnya.

“Mana ada Abang Aril mengurat mama!” marah Raisya. Suaranya tinggi seraya menjeling Syahiran. Aku dan Syahiran sama-sama terkedu sebelum aku tergelak.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
Sales Campaign
0
0
D
0
0
Hours
0
0
Minutes
0
0
Seconds
RM108.00
RM135.00
20
3 Sold