Your Community Bookstore
RM29.90
Ubah Sedihmu Jadi Senyum
Price RM29.90
Product SKU 9789672070184
Brand Kumpulan Desa Fikir
Availability In Stock
Quantity
Description

KEHIDUPAN INI SUKAR DAN TIDAK ADIL.

YA, BENAR.

Tetapi kawan, kita harus sedar kisah hidup adakala gembira, adakala tidak. Boleh jadi juga bukan kisah hidup yang membuatkan kita terus muram, tetapi cara kita berfikir yang akhirnya sering membuatkan bibir kita “tipis” dan tidak “melengkung ke atas”.

Kita (mungkin) terlupa yang kita masih dapat berfikir dari sudut pandangan yang berbeza. Dari sisi lain, kadang-kadang hidup juga menempatkan kita dalam situasi yang sulit, walaupun kita tidak memilih berada di sana. Hal ini juga membuatkan kita muram. Bagaimanakah cara membuatkan bibir kita tetap tersenyum walaupun kita berada dalam keadaan yang rumit? Marilah kita lalui perjalanan menerusi buku ini. Semoga tidak ada lagi bibir yang berterusan muncung, lalu dengan pantas, tersenyum.

BERBISNES dengan Tuhan adalah perkongsian dalam buku ini. Setiap perbincangan membantu pembentukan karakter warak dalam diri seseorang. Pada masa yang sama, masih memerlukan petunjuk daripada Tuhan.

Diharapkan pembaca lebih dekat kepada Tuhan seusai membaca buku ini!