Your Community Bookstore
RM49.90
Youtuber for Dummies
Price RM49.90
Product SKU 9789672070177
Brand Kumpulan Desa Fikir
Availability In Stock
Quantity
Description

"YouTube adalah medium yang boleh menggembirakan sesiapa sahaja, bermula dengan anak-anak kecil sehingga golongan dewasa. Kita sentiasa melihat anak-anak kecil merengek mahu menonton YouTube. Kita juga selalu melihat golongan ibu berusia lanjut ketawa terkekek-kekek semasa menonton YouTube. Banyak lagi contoh yang kita dapat paparkan tentang YouTube dan gelagat para pengguna. YouTube banyak memberikan kegembiraan dalam hidup kita.
Begitu juga dengan aktiviti berkreativiti di YouTube. Mudah dan menyeronokkan. Namun, aktiviti ini boleh membuatkan seseorang ketagih, seperti yang terjadi kepada pengguna platform media sosial yang lain. Apabila seseorang sudah terjebak, kadangkala mereka tidak lagi mengikut batas yang ditetapkan oleh platform itu. Bahkan, mereka boleh melampaui batas agama juga.
Bawa bertenang. Saya juga sama seperti anda pada mulanya, kekok dan masih baru dengan YouTube. Segala paparan dalam buku ini datang daripada proses kreativiti saya sebagai seorang pengguna YouTube. Paparan langkah demi langkah untuk menjadi pengguna YouTube. Sasaran utama adalah menjadi pengguna YouTube yang berjaya. Proses ke arah itu akan diajar bermula dengan langkah pertama yang sangat mudah dilakukan.
Bukan itu sahaja, anda juga akan diajar menjadi pengguna YouTube yang profesional. Anda bukan pengguna YouTube yang sembarangan, yang tidak fokus. Anda adalah orang yang bijak dalam berkarya. Anda mampu membezakan perkara yang baik dan buruk dalam berkarya.

Jadi,
Jom lakukan bersama…"

#youtuber #for #dummies